
Nature.
And the peace of silence.

Nature.
And the peace of silence.
Manusia menjalani kehidupan dengan pilihan yang berbeza.
Ada yang gembira berkongsi kisah keluarganya yang menarik di tempat kerja, dan ada juga yang selesa menumpukan kebanyakan hal ehwal keluarga hanya di rumah.
Satu perkara yang membuatkan saya tertarik terhadap kenyataan seorang individu ini ialah, beliau menyimpulkan bahawa mereka yang menjaga hal peribadi keluarga di tempat kerja merupakan mereka yang sebenarnya tidak bergembira dengan keluarga sendiri atau tiada perkara yang menyeronokkan tentang keluarga sendiri. Sejujurnya, saya kurang pasti bagaimana individu tersebut membuat pengesahan sedemikian. Saya berasa sedikit janggal.
Benarlah bahawa pola pemikiran setiap individu berbeza satu sama lain.
Saya pula meneliti bahawa mereka yang tidak begitu mendedahkan hal keluarga di tempat kerja ialah mereka yang selesa mengasingkan dua perkara ini pada setiap tempatnya. Menurut pandangan saya, ramai yang bergembira dengan rezeki dan nikmat yang mereka peroleh, namun mereka lebih bergembira mensyukuri rezeki ini secara diam dan hanya dengan ahli keluarga tanpa melibatkan pihak lain.
Pendirian seseorang yang tidak mengganggu kehidupan orang lain, seharusnya dihormati.



Sadly, it’s quite far from home. But hopefully there’ll be more chances to come here.

Saya mempercayai kewujudan manusia yang semula jadi baik.
Dia berada dalam situasi kebencian bahkan kejahatan, dia masih tidak berupaya untuk bersikap sedemikian.
Dia disalahfahami secara sengaja dan berterusan, dia masih tidak berupaya untuk meremukkan keharmonian.
Dia dipencilkan kerana menzahir kebenaran, dia masih tidak berupaya untuk meruntuhkan ketatasusilaan.
Saya masih ingat lagi pengalaman peribadi saya bertemu manusia-manusia baik begini. Bahkan, dengan izin Allah, saya memohon agar ingatan saya ini terus-terusanlah dibawa ke mati.


We really enjoyed learning how to tie different kinds of knots. It brought back memories of my time in the Pengakap Kelana, where I was introduced to a few basic knots (although we didn’t learn very many).

Finally made it happen. 🙂

Adding this to my list.

Fur and silence.

Given by a former student.




Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani.
Meniti usia tua menjadikan saya menghitung-hitung amalan saya yang tiada atau memang tidak seberapa.
Saya sangat berharap agar pada tahun ini, ada satu surah sekitar 40 ayat (selain surah sepanjang 30 ayat seperti Surah Al-Mulk), yang boleh saya hafal dan baca dalam solat.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dalam menuntut ilmu Al-Quran.

A calm night with the moon shining softly is uplifting. It reminds me to slow down and enjoy the simple moments around me.