Manusia yang Lahiriahnya Baik

Saya mempercayai kewujudan manusia yang semula jadi baik.

Dia berada dalam situasi kebencian bahkan kejahatan, dia masih tidak berupaya untuk bersikap sedemikian.

Dia disalahfahami secara sengaja dan berterusan, dia masih tidak berupaya untuk meremukkan keharmonian.

Dia dipencilkan kerana menzahir kebenaran, dia masih tidak berupaya untuk meruntuhkan ketatasusilaan.

Saya masih ingat lagi pengalaman peribadi saya bertemu manusia-manusia baik begini. Bahkan, dengan izin Allah, saya memohon agar ingatan saya ini terus-terusanlah dibawa ke mati.

Leave a comment