Buku 4/2026 – Diari Conteng Anaz: Kebun Kecil Nenek

Bacaan pertama saya bagi bulan Februari.

Komik ini mengisahkan dua orang kanak-kanak yang pulang ke kampung apabila ibu bapa mereka bertugas di luar negara. Di kampung, mereka melakukan kegiatan berkebun bersama-sama nenek mereka. Bagi saya, kandungan komik ini menarik walaupun kisahnya dekat dengan kisah-kisah kebanyakan kita yang pulang ke rumah datuk dan nenek serta meluangkan masa bersama-sama.

Sebagaimana pegangan penerbit komik untuk ‘memandaikan bangsa’, penceritaan komik ini disejajarkan dengan unsur pengetahuan sains melalui kegiatan berkebun. Melalui pengalaman pengkarya, pembaca kanak-kanak berupaya beroleh pengetahuan tambahan di luar pengalaman harian dan buku teks sekolah mereka.

Sebagai pembaca dewasa, saya berpendapat ada penggunaan bahasa Melayu yang agak tinggi bagi pembaca kanak-kanak dalam usia tertentu. Namun, jika dilihat dari sudut melazimi penggunaan bahasa yang baik dalam kalangan pembaca cilik, maka hal ini ialah usaha yang bagus. Saya sendiri memulakan tabiat membaca dan mengenal perkataan yang jarang didengar dengan bertanya kepada orang-orang dewasa di sekeliling saya.

Komik ini bukan sekadar bacaan santai, namun komik ini juga bersifat mendidik.

1 Ramadan 1447 – A Fresh Start

The picture was taken in early February 2026.

We are grateful that Allah has allowed us to reach the first of Ramadan. Ramadan is a fresh start. May we make the most of it.

As we begin this month, I’d like to share a du’a from Dhikr and Du’a portal, sourced from Sunan Abi Dawud 5052:

O Allah, I seek protection by Your Noble Countenance and by Your perfect words from the evil of all that You hold by the forehead. O Allah, it is You who removes debt and sin. O Allah, Your army is never defeated, Your promise is never broken, and the wealth of the wealthy doesn’t avail them against You. You are free from imperfection, and to You belongs all praise.

Buku 2/2026 – Komik Kebiasaan Nabi #4

Disebabkan saya masih lagi berada dalam keadaan teruja kerana berasa terhibur dengan bacaan Komik Misi Solat 5 Waktu: Diari Akhlak Imran, maka hari ini, saya segera membeli dua komik yang merupakan karya asal bahasa Indonesia. I’m still in a comics-reading mood. (:

Komik ini diterjemah ke bahasa Melayu bagi bacaan pembaca Malaysia oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. Amalan Nabi Muhammad S.A.W. yang diajarkan kepada kita menerusi pengkaryanya, bukan sahaja memuatkan hadis sahih, bahkan menyatakan potongan ayat al-Quran yang berkaitan.

Buku 1/2026 – Misi Solat 5 Waktu: Diari Akhlak Imran

Hari pertama 2026 ini saya mulakan dengan membaca komik Misi Solat Lima Waktu: Diari Akhlak Imran.

Kandungan komik ini sangat menghiburkan namun dalam masa yang sama, mendidik jiwa. Sepanjang membaca komik, saya ketawa dan tersenyum disebabkan oleh watak Imran yang lucu. Namun, ada juga babak yang melibatkan watak Pak Dollah iaitu tukang kebun sekolah, yang membuatkan saya berasa sedih.

Komik ini mengajar pembaca tentang adab dan akhlak. Sebanyak 25 akhlak diceritakan dan dikaitkan dengan kehidupan seharian Imran. Sungguhpun Imran ialah seorang pelajar sekolah, akhlak yang diketengahkan ini turut terpakai kepada mana-mana idividu tanpa mengira usia. Saya sebagai pembaca dewasa juga menginsafi pesanan Pak Dollah tentang kepentingan berakhlak.

Penghargaan saya tidak sahaja ditujukan kepada penulis komik, Nazry Salam, bahkan turut didedikasikan kepada pengilustrasi, Anna Shahira. Hasil karya mereka menghidupkan jalan cerita dan visual kepada pembaca, sekaligus menjadikan penyampaian yang bersifat mendidik ini dekat di hati kita atau anak-anak kecil.

Saya akan dapatkan kesemua siri komik ini untuk melengkapkan bacaan. Bacaan komik ini santai dan mudah, namun mengesankan.

Terima Kasih

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Kuasa dan usaha kedua-dua penganjur serta jawatankuasa yang terlibat, akhirnya pada 31 Disember 2025, aku ditauliah dan dilantik sebagai _____.

Aku maklum dan sedar bahawa di luar sana, begitu ramai yang jauh lebih arif, lebih berpengalaman, dan lebih mendalam ilmunya.

Namun, mudah-mudahan, langkah kecil ini membuka sedikit laluan kepada aku untuk mengusahakan hal-hal yang berkaitan lantikan.

Snapshots of August and September

I was on duty as a liaison officer that day. I’m not someone who usually takes photos, especially of famous people. But when I saw Anwar Ibrahim, I took one quick picture. I just thought, if I live long enough, at least I’ll have this photo of the day and the work I used to do.
Prefer a bit of privacy. Sometimes, a talk over a meal is what some of us need to feel a little lighter.
Went to Kampung Baru that day just to get kuih keria. A short trip for kuih turned into a small moment of peace.
Everywhere we go, we notice cats always seem to have their favourite spots.
Kadang-kadang, we pick up books just because the cover nampak menarik, colourful, or catches our eyes.