Melalui sebuah lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Klang, saya dapati terdapat beberapa lubang besar yang agak dalam dan sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal. Saya sangat terkejut melihat betapa berisikonya mereka jika mereka melalui kawasan tersebut. Kedalaman lubang itu memungkinkan situasi yang menyebabkan maut.
Adakala, saya yakin bahawa saya bukan satu-satunya rakyat yang kecewa dengan mutu jalan raya di Malaysia. Jalan tidak diturap dengan baik, keadaan persekitaran jalan tidak selamat, dan sebarang isu seumpama yang lain, sering meletakkan kita dalam situasi mempersoalkan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.
Keadaan jalan raya yang berdekatan dengan kawasan pembinaan juga sangat menyedihkan. Pemaju bersikap tamak dan tidak bertanggungjawab dengan kerosakan yang mereka lakukan menerusi jentera-jentera berat mereka. Saya sering berfikir sendirian jika penguatkuasaan yang lebih tegas boleh dilaksanakan sebaiknya.
Semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pula, terdapat lubang di jalan raya yang kedalamannya mmenggusarkan penunggang motosikal. Saya hanya mampu berdoa agar semua yang menggunakan jalan ini selamat. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan sangat lebat. Bayangkan dalam situasi demikian, seorang penunggang motosikal harus melalui situasi berbahaya ini?