Surah al-Kahf: Dibaca Separuh-Separuh atau Sekali Gus?

Surah al-Kahf sebenarnya ialah surah yang panjang, menurut pandangan saya.

Jika kita mula belajar dan berusaha untuk mengamalkan bacaan Surah al-Kahf pada hari Jumaat dalam keadaan kita sibuk bekerja, kita boleh memperuntukkan sedikit masa pada waktu pagi dan tengah hari. Dalam erti kata lain, bacaan surah dilakukan secara separuh-separuh.

Namun demikian, bacaan yang dituntut dan bacaan yang beroleh ganjaran yang dikhususkan, ialah bacaan sekali gus. Bacaan sekali gus ini pula dianjurkan dibaca pada pagi Jumaat, sebagai tanda kita bersegera melakukan kebaikan.

Ilmu berkenaan bacaan Surah Al-Kahf ini saya perolehi daripada Ustaz Muhammad Fahmi Rusli dan Ustaz Muzuza. Antara rujukan yang dikongsikan oleh mereka ialah Hasyiyah al-Bujayrimi (2/210) dan I’anah al-Talibin (2/103).

Semoga Allah mengurniakan pahala kepada ilmuan yang menyampaikan pengetahuan kepada kita. Semoga Allah juga memudahkan urusan kita dalam mencari ilmu yang bermanfaat selain melindungi diri kita daripada dajjal.

Leave a comment