Thank You, Allah and Anonymous for This Wonderful Ramadan Gift

Allahu Akbar. Alhamdulillah.

Hari ini, saya membuka e-mel setelah beberapa hari tidak log masuk ke akaun tersebut. E-mel itu dibuka pun sekadar untuk melihat hantaran e-mel terkini. Dalam senarai e-mel yang belum dibaca, saya mula membaca e-mel yang paling awal dihantar. Kemudian, seperti biasa, jika e-mel itu tidak penting, saya segera memadamnya.

Hinggalah e-mel yang paling kini dihantar – saya baca subjeknya terlebih dahulu – ‘Free Gift’. E-mel ini dihantar oleh sebuah institusi pengajian. Saya fikir, “Oh, mungkin sekadar promosi atau sekadar menarik perhatian penerima e-mel. Atau juga memperkenalkan program baharu?” Kemudian, saya klik untuk baca kandungan e-mel. Perkataan pertamanya ialah ‘Congratulations!’.

Perasaan saya masih bersahaja. Saya teruskan bacaan. Perlahan, perkataan-perkataan dan ayat-ayat seterusnya menjadikan perasaan saya lebih tertanya-tanya. Saya menerima hadiah yang menelan kos selama setahun? Apakah ini benar? Mustahil. Namun, memandangkan perasaan tertanya-tanya saya semakin kuat, saya membuat semakan tentang hadiah tersebut.

Beberapa langkah dilakukan untuk saya mengesahkan jika benar saya menerima hadiah tersebut selama setahun. Saya mencari beberapa maklumat hingga saya menemui ‘Received Gifts from Anonymous on April 6th, 2024.’ Ya Allah! Alhamdulillah! Saya terkejut dan rasa sangat tidak percaya! Saya tidak layak menerima hadiah ini..

Ya Allah, Alhamdulillah. Pada 27 Ramadan 2024, saya menerima hadiah yang sangat bermakna dalam bulan mulia. Saya begitu teruja dan gembira dengan hadiah ini. Sebenarnya, ada beberapa perkara yang membuatkan saya berasa sedih dan tawar hati sebelum dan semasa Ramadan. Namun, tetap ada juga perkara yang menggembirakan yang Allah pinjamkan kepada saya.

I want to extend my heartfelt thanks to the anonymous benefactor who bestowed this gift upon me. Though your identity remains unknown to me, please know that your gesture has touched my heart in ways words cannot adequately express. May Allah bless you abundantly for your kindness and generosity.

Once again, thank you Allah, and thank you to the anonymous benefactor, for this beautiful gift. I’m truly blessed and will cherish this opportunity with all my heart. :’)